Wednesday 25 January 2012

TEMU DUGA PERTAMA

Nama saya Amy. Saya merupakan pelajar di sebuah pusat kemahiran di utara semenanjung Malaysia dan sedang menuntut di dalam bidang kejuruteraan elektrik kuasa. Walaupun begitu, saya berpengalaman menghadiri temuduga di SPA dan telah mendapat jawatan tersebut, tetapi terpaksa menolak. Mungkin ini merupakan satu kerugian bagi saya,tetapi, saya ada alasan saya tersendiri mengapa saya menolak jawatan tersebut. Setelah mendapat keputusan SPM pada tahun 2009, seperti biasa, saya mengisi semua borang termasuk UPU,IKM, IKBN dan tidak ketinggalan borang SPA secara online. Memandangkan keputusan yang saya perolehi bukanlah keputusan yang boleh dibanggakan (3A) sahaja, jadi saya tidak meletakkan harapan yang tinggi. Keputusan saya di pusat pengajian juga tidaklah membanggakan dengan mendapat CGPA 3.66 sahaja. Saya tetap mencuba untuk mengisi borang UPU. Setelah keputusan UPU diumumkan, saya berjaya melanjutkan pelajaran ke IPTA dimana saya menuntut sekarang. Tetapi, dalam minggu yang sama saya mendapat surat panggilan temuduga bagi jawatan sebagai engineering. Saya mencuba nasib untuk temuduga di SPA dengan niat ingin meraih pengalaman perasaan ditemuduga memandangkan saya tidak pernah menghadiri temuduga. sangat happy law dpt temu duga... slamat maju jaya pada yg mahu temu duga.!!!!!!!!!!!!

1 comment: