Thursday 26 January 2012
Wednesday 25 January 2012
TEMU DUGA PERTAMA
Nama saya Amy. Saya merupakan
pelajar di sebuah pusat kemahiran di utara semenanjung Malaysia dan
sedang menuntut di dalam bidang kejuruteraan elektrik kuasa. Walaupun
begitu, saya berpengalaman menghadiri temuduga di SPA dan
telah mendapat jawatan tersebut, tetapi terpaksa menolak.
Mungkin ini merupakan satu kerugian bagi saya,tetapi, saya
ada alasan saya tersendiri mengapa saya menolak jawatan
tersebut.
Setelah mendapat keputusan SPM pada tahun 2009, seperti
biasa, saya mengisi semua borang termasuk UPU,IKM, IKBN dan
tidak ketinggalan borang SPA secara online. Memandangkan
keputusan yang saya perolehi bukanlah keputusan yang boleh
dibanggakan (3A) sahaja, jadi saya tidak meletakkan harapan
yang tinggi.
Keputusan saya di pusat pengajian juga tidaklah membanggakan
dengan mendapat CGPA 3.66 sahaja. Saya tetap mencuba untuk
mengisi borang UPU. Setelah keputusan UPU diumumkan, saya
berjaya melanjutkan pelajaran ke IPTA dimana saya menuntut
sekarang. Tetapi, dalam minggu yang sama saya mendapat
surat panggilan temuduga bagi jawatan sebagai engineering.
Saya mencuba nasib untuk temuduga di SPA dengan niat ingin
meraih pengalaman perasaan ditemuduga memandangkan saya
tidak pernah menghadiri temuduga. sangat happy law dpt temu duga...
slamat maju jaya pada yg mahu temu duga.!!!!!!!!!!!!
Subscribe to:
Posts (Atom)